I'm Torn 3 column

Saturday, October 15, 2011

luahan hati.. owh no........

saya nak kongsi kegembiraan ini bersama awak
saya nak beritahu semuanya kepada awak
bila saya berjaya, awak orang pertama yang akan saya beritahu.. saya akan rasa sangat gembira...
bila saya kecewa.. bila saya terluka...
saya mahu awak tahu semuanya..
bila saya sedih.. bila saya tertekan.. saya inginkan perhatian awak..
tapi awak tak kisah semua ni..
bila saya nak mulakan cerita, awak tukar topik lain..awak cakap awak busy. awak tiada masa nak layan saya.. takkan satu saat pun awak tak boleh luangkan untuk saya? awak selalu macam tu. saya tak tau nak kongsi semua ni pada sape.. saya tak nak cerita pada orang lain.. sebab saya nak awak orang pertama yang tau... awak buat saya rasa yang saya ni bukan sape2 dalam hidup awak.. saya sedih.... awak dah tak kisahkan saya...
saya berkorban semuanya untuk awak.. bila awak perlukan saya, saya sentiasa ada untuk membantu dan menemani awak. walaupun saya terpaksa ponteng kelas ataupun cancelkan temujanji dengan kawan. saya sanggup tipu kawan saya sebab saya taknak mereka kecil hati kalau saya bagitahu mereka yang saya cancel temujanji dengan mereka sebab nak jumpa awak. saya dah lama tak balik kampung, sebab saya takut, kalau saya balik, awak perlukan saya..
tapi bila saya perlukan awak, awak tak pernah ada di sisi.. ke mana saya pergi, awak tak pernah temani saya.. saya sendirian.. tanpa siapa2..
saya cemburu dengan kawan2 saya yang lain.. mereka happy jer.. orang yang mereka sayang sentiasa ada dimana mereka memerlukan.. mereka terima hadiah dari pasangan mereka... walaupun kecil dan murah, tapi cukup bermakna...
saya faham awak sibuk.. tiap kali saya sendiri.. saya pujuk hati saya sendiri.. awak sibuk dengan kerja awak.. saya tak mahu kacau..saya tak tahu bila awak free.. sebab tiap kali saya mesej awak akan balas awak bz.. awak dah x pedulikan saya.. perasaan saya... memang sakit bila awak tak pedulikan saya... tapi ianya lebih sakit bila saya pura2 tak kisah yang awak tak pedulikan saya...
bodoh ke saya? kerana menyintai awak?

sekarang saya benar2 tak pasti adakah awak betul2 menyayangi saya atau tidak...

1 comment: